GEORGE TOWN: Kediaman mendiang Karpal Singh tidak pernah putus-putus dikunjungi orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada beliau sejak awal pagi Jumaat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri antara tetamu kenamaan yang hadir di kediaman Karpal di Jalan Utama. "Kami akan merindui Karpal Singh kerana cara beliau yang berkarisma dalam melakukan sesuatu. "Selama ini, saya menghormati Karpal Singh kerana beliau seorang peguam dan ahli politik profesional," kata Nancy. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan penghormatan terakhir sejurus mayat Karpal tiba di rumahnya dari Hospital Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. Pada Jumaat, keranda Karpal ditutup dengan bendera DAP oleh penasihat parti itu, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin lain. Anak sulung Karpal, Jagdeep Singh Deo berkata, telefon bimbitnya tidak dapat berfungsi kerana mesej yang diterima terlalu banyak. "Bapa saya tidak pernah mengharapkan sebarang pengiktirafan, Dia akan berbangga menerima penghormatan dari kerajaan negeri," kata Jagdeep.