"Melihat kepada kenyataan-kenyataan terbuka daripada kerajaan negeri Kelantan khususnya, pimpinan (tertinggi) Umno dan di peringkat sidang Parlimen, ia menunjukkan respons yang sangat positif (berbanding situasi sebelum ini) dan kita sambut baik.
"Kita harap kenyataan-kenyataan positif yang dikeluarkan banyak pihak ini dapat melancarkan (proses) pelaksanaan hukum hudud agar ia menjadi kenyataan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ijtima Kepimpinan PAS negeri Terengganu 2014 di Kemasik dekat sini hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) bersedia untuk meneliti secara mendalam berhubung usul pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Kerajaan PAS Kelantan melalui Anggota Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat, bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.
Mengenai kemungkinan PAS menghantar wakil bertemu Muhyiddin untuk menjelaskan tentang perkara itu, Abdul Hadi berkata ia akan diteliti jika ada permohonan.
"Itu bergantung kepada permohonan, kita akan melalui proses apa sahaja yang membolehkan hukum Islam dilaksanakan," katanya.