suria

Malaysia Simpati Tragedi Feri Terbalik Di Korea Selatan - Hishammuddin

Hishammuddin Hussein.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia, khususnya pasukan mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, melahirkan rasa simpati serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi feri terbalik di Korea Selatan.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata "Kami bersimpati dan mampu membayangkan betapa sukarnya keluarga serta pasukan mencari dan menyelamat berdepan dengan situasi berkenaan. 

 
"Ingatan dan doa kami sentiasa bersama-sama mereka," katanya dalam taklimat kepada media berkaitan perkembangan pencarian pesawat Malaysia itu, yang hilang daripada skrin radar bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Operasi besar-besaran membabitkan pelbagai negara bagi mencari pesawat Boeing 777-200 itu kini giat dijalankan di selatan Lautan Hindi berhampiran perairan Perth, Australia.

Dalam tragedi di Korea Selatan, feri yang membawa lebih 450 penumpang dan anak kapal itu terbalik pada Rabu lepas ketika dalam perjalanan dari Pelabuhan Incheon ke selatan Pulau Jeju.

Sejumlah 28 orang disahkan maut dalam tragedi itu manakala 179 diselamatkan.

Hishammuddin, feri karam, Malaysia

Artikel Lain