suria

PM Ucap Tahniah MH192 Selamat Mendarat Di KLIA

Penumpang dan kru pesawat MH192 terselamat selepas ia berjaya mendarat cemas di KLIA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan rasa syukur kerana pesawat MH192 selamat mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Isnin.

Menerusi laman Facebooknya, Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada Kapten Nor Adam Azmi dan pembantunya, Prakash Kumar kerana dapat menggendalikan pesawat itu dengan baik.

"Syukur MH192 berpatah balik dengan selamat ke KLIA pagi ini.

"Tahniah kepada semua yang terbabit dalam mengendalikan situasi cemas itu, terutama kepada Kapten Nor Adam dan pembantunya Prakash Kumar kerana berjaya melakukan pendaratan dengan baik dalam situasi cemas," katanya.

Dalam kejadian awal pagi Isnin itu, semua 159 penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dalam perjalanan ke Bangalore serta tujuh kru terselamat.

Tindakan pantas Pusat Kawalan Trafik Udara memaklumkan kepada Pusat Kawalan Operasi MAS (OCC) selepas mengesan kerosakkan pada tayar pesawat itu berjaya mengelak daripada berlakunya kejadian tidak diingini.

Artikel Lain