suria

Firefly Batal Penerbangan Kota Baru - Bangkok

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan komuniti, Firefly membatalkan penerbangan dari Kota Baru ke Bangkok, Thailand buat sementara waktu ekoran situasi politik di negara itu.

Situasi politik di Bangkok masih tidak menentu selepas Mahkamah Perlembagaan sebelum ini mengisytiharkan pilihan raya 2 Februari lalu yang dimenangi oleh Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra sebagai tidak sah.

Mahkamah mendapati pengundian tidak diadakan di 28 kawasan selepas penunjuk perasaan anti kerajaan menghalang pendaftaran calon.

Susulan pembatalan itu, Firefly memohon maaf diatas segala kesulitan yang berlaku.

Penumpang yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-78454543 atau melayari laman web di www.firefly.com.my.
firefly, Kota Baru, Bangkok, batal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain