Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata tindakan tegas itu diambil bagi memastikan kerja pembersihan di sekitar Bandaraya Shah Alam tidak terganggu.
"Kebanyakan kontraktor ini berpengalaman tetapi disebabkan mereka melakukan kerja sambil lewa, kami terpaksa menghentikan perkhidmatan mereka akhir tahun lepas walaupun kontrak mereka tamat pada tahun ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, Khamis.
Mohd Jaafar berkata MBSA memperuntukan sebanyak RM80 juta setahun bagi tujuan perkhidmatan pembersihan awam dan penyelenggaraan longkang di kawasan MBSA.
"Kita sentiasa membuat pemantauan di lapangan bagi memastikan tahap kebersihan di seluruh kawasan MBSA berada dalam spesifikasi yang dikehendaki," tambahnya.
Kontraktor yang telah ditamatkan kontrak akan turut disenarai hitam dan dilarang mendaftar selama dua tahun bagi mana-mana tender yang ditawarkan MBSA.
Katanya setakat ini MBSA mempunyai lebih 500 kontraktor yang menguruskan kerja-kerja pembersihan taman, pembersihan jalan, penyelenggaraan jalan, kutipan sampah domestik dan pembersihan awam.