suria

Ramachandran Tarik Diri Tanding Timbalan Presiden PKR

Ramachandran.

PETALING JAYA: Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk K. Ramachandran pada Jumaat menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul.

Beliau berkata, JPP menerima surat bertarikh 25 April 2014 daripada Ramachandran berhubung penarikan diri itu.

"JPP telah mengadakan perbincangan mengenai perkara ini dan akhirnya menerima penarikan diri calon tersebut.

"Oleh itu, dengan ini mengumumkan bahawa Datuk K. Ramachandran telah menarik diri dan tidak lagi bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Johari berkata, para petugas JPP yang mengendalikan proses pengundian pada Sabtu akan diberi arahan untuk membatalkan nama Ramachandran dalam buku calon di semua pusat mengundi.

Penarikan diri Ramachandran sebagai calon dalam pemilihan parti menyaksikan beliau kehilangan wang deposit pencalonan RM5,000.

Perebutan jawatan Timbalan Presiden kini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandang jawatan yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, yang akan dicabar oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. 



Artikel Sebelum

Artikel Lain