KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberi penghormatan di Makam Pahlawan, tanah perkuburan beberapa ahli politik Malaysia termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan pemimpin lain di kawasan Masjid Negara pada Ahad. Pemimpin Amerika Syarikat itu tiba pada pukul 9.40 pagi dan disambut oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Berpakaian sut gelap dan tali leher biru, Obama juga mengambil sedikit masa untuk melawat ruang solat utama Masjid Negara. Turut hadir adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan wakil khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Persidangan Islam, Rashad Hussain. Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya sebelum merasmikan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya. Presiden Amerika Syarikat juga akan mengadakan sesi pertemuan dengan pemimpin-pemimpin muda dari Asia Tenggara. Lawatan ke masjid yang dibina pada 1922 di atas tapak gereja itu begitu dialu-alukan, dengan ulama Islam di sini berkata, ia akan terus menekankan komitmen presiden untuk mendekati dunia Islam. Reka bentuk moden Masjid Negara yang unik merangkumi kontemporari kaligrafi seni dan hiasan tradisional Islam. Malaysia merupakan lawatan ketiga Obama ke empat negara di Asia, dan beliau akan mengakhiri lawatan itu ke Filipina pada Isnin. Lawatan Obama ke Malaysia adalah yang pertama bagi Presiden Amerika Syarikat sejak Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.