Nur Syamimi, 22, membeli telefon bimbit tersebut pada Januari tetapi menyedari ia telefon pintar palsu dari Korea Selatan.
"Saya amat kecewa apabila jurujual menafikan dakwaan saya tetapi harapan kembali cerah selepas seorang lagi jurujual secara dalam talian yang mendakwa mengenali jurujual yang berurusan dengan saya sebelum ini sanggup menggantikan telefon bimbit itu.
Nur Syamimi berkata jurujual kedua amat menyakinkannya. Jadi dia berhasrat membeli telefon pintar lain - model Lenovo S930 - untuk rakannya.
"Saya mengirim telefon pintar Galaxy Note itu kepadanya dan memasukkan wang deposit RM500 selain RM880 untuk telefon bimbit Lenovo pada Februari. Namun selepas itu, dia enggan menjawab panggilan atau mesej yang saya hantar," katanya.Selepas kes itu didengar, Presiden TTPM, Bernard John Kanny mengarahkan jurujual terbabit untuk mengembalikan kesemua wang berjumlah RM2,100 termasuk telefon pintar Samsung Galaxy Note kepada Nur Syamimi dalam tempoh 14 hari.
Jurujual tersebut tidak hadir semasa sesi pendengaran kes.Dalam kes berasingan, TTPM menyerahkan semula wang sebanyak RM2,939 kepada L/Kpl Nurazyati Aini Aziz, 27, kerana menerima komputer riba rosak yang dibelinya dari sebuah kedai elektronik di Bukit Indah di sini, Julai tahun lalu.
Kpl Nurazyati berkata, selepas beberapa minggu digunakan, komputer tersebut tidak boleh mewujudkan sambungan Internet secara konsisten.
"Saya cuba menggunakan Internet tanpa wayar di beberapa lokasi termasuk capaian Internet berkelajuan tinggi, tetapi komputer tersebut akan menunjukkan sambungan 'terhad' selepas beberapa minit digunakan.
"Selain dihantar untuk dibaiki sebanyak tiga kali pada Ogos dan September tahun lalu dan Januari tahun ini, masalah sama masih berlaku," katanya selepas selesai sesi pendengaran kes.