Setiausaha Agung MPPA, Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz berkata, dalam kejadian yang berlaku selepas perhimpunan bersurai, sekumpulan pemuda bertopeng berpakaian serba hitam cuba memprovokasi sekumpulan jurufoto yang membuat liputan dengan kata-kata kesat dan isyarat lucah.
Katanya, jurufoto Malaysia Focus, Sharil Amin Abdul Rahim disepak dan ditumbuk manakala jurufoto Malaysia Reseved, Hafzi Mohamad terkena balingan kayu dalam kejadian tersebut.
"MPPA memandang serius kejadian ini kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan aman dan di bawah seliaan permit pihak berkuasa. Seharusnya tiada kekecohan tercetus.
Sehubungan itu menurut Mohammad Naim, pihaknya bercadang akan membuat satu laporan polis berhubung kejadian tersebut dan akan berbincang dengan pihak guaman kerana menurutnya MPPA mempunyai bukti bergambar ketika insiden itu berlaku.