suria

PRK Teluk Intan: Gerakan Mesyuarat 2 Minggu Lagi

KUALA LUMPUR: Gerakan akan bermesyuarat dua minggu lagi untuk membincangkan sama ada calonnya akan bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, kata Presidennya, Datuk Mah Siew Keong.

"Bagi parti Gerakan, kami belum membuat keputusan mengenai perkara itu memandangkan penyandang kerusi, Seah Leong Peng (daripada DAP) baru meninggal dunia semalam," katanya di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, Mah tidak mengulas lanjut tentang tarikh dan masa mesyuarat itu akan diadakan.

Seah, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya kira-kira 7.30 pagi semalam.

Berikutan itu, PRK keenam bakal diadakan sejak Pilihan Raya Umum berlangsung pada 5 Mei 2013 di mana Leong Peng mengalahkan Siew Keong dengan majoriti 7,313 undi.


Artikel Sebelum

Artikel Lain