PAGOH: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor termasuk soal menentukan calon. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan membincangkan secara terpeinci mengenai dua PRK tersebut. "Kita akan biarkan parti-parti yang secara tradisinya bertanding di kerusi berkenaan untuk membuat keputusan sama ada mahu mengambil bahagian ataupun tidak. "MCA secara tradisinya bertanding di Bukit Gelugor manakala Gerakan di Teluk Intan," katanya dalam sidang media di sini, Sabtu.