PETALING JAYA: Majikan dan pekerja perlu menonton siaran tertunda perlawanan Piala Dunia bersama-sama di pejabat selepas waktu kerja, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
Ini adalah lebih baik berbanding kakitangan akan memberitahu bahawa mereka 'sakit' pada musim demam bola sepak akan datang seperti yang berlaku pada masa lalu apabila perlawanan Piala Dunia berlaku pada waktu awal pagi, kata kumpulan itu.
Mencadangkan ini sebagai alternatif untuk mengelakkan penurunan produktiviti, Pengarah Eksekutif MEF , Datuk Shamsuddin Bardan berkata, majikan pastinya akan bersedia berhadapan dengan situasi peningkatan sijil perubatan (MC), penggunaan cuti tahunan dan ketidakhadiran semasa temasya sukan itu berlangsung.
"Majikan sudah biasa dengan keadaan itu setiap empat tahun sekali tetapi ini tidak memberi prospek yang baik bagi operasi syarikat serta produktiviti negara," katanya ketika dihubungi The Star pada Isnin.
Shamsuddin juga menyatakan bahawa menganjurkan siaran perlawanan selepas waktu kerja boleh meningkatkan hubungan antara majikan dan pekerja.
"Bukan sahaja pekerja yang suka menonton bola sepak tetapi juga majikan. Tetapi ada kerja yang perlu dilakukan dan seseorang perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan semuanya berjalan dengan lancar," katanya.
Beliau menasihatkan pekerja untuk memilih masa yang lebih mudah serta akses alternatif lain untuk mengikuti kesemua 64 perlawanan bagi temasya bola sepak yang berlangsung selama sebulan itu.
"Oleh kerana kebanyakan perlawanan kali ini akan disiarkan secara langsung pada awal pagi, adalah lebih baik sekiranya mereka memilih untuk menonton perlawanan itu selepas waktu kerja mereka," katanya, mengingatkan kakitangan yang berjaga sehingga awal pagi dan kemudiannya pergi bekerja pada waktu pagi hanya akan menjejaskan kesihatan dan kerja mereka.
Piala Dunia FIFA 2014 akan diadakan di Brazil, bermula pada 12 Jun dengan negara tuan rumah bermain bersama Croatia pada pukul 4 pagi waktu Malaysia (13 Jun).
Perlawanan akhir pada Ahad, 13 Julai (pukul 3 pagi, 14 Julai, waktu Malaysia).