Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard mendakwa perkara hampir sama dilakukan JPP pada pemilihan 2010.
"Saya sendiri telah mengemukakan laporan penyelewengan yang berlaku kepada Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan turut berjumpa dengan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membincangkan hal ini dan kami diberi jaminan tindakan akan diambil tetepi malangnya tiada apa yang dibuat oleh JPP.
"Sebab itu saya berani kata apa yang diumumkan JPP untuk adakan pemilihan semula hanyalah satu sandiwara.
Justeru, beliau menyeru agar pucuk pimpinan parti memecat AJK JPP sedia ada.
Pengerusi JPP, Datuk Seri Johari Abdul pada Rabu berkata, pihaknya memutuskan bahawa 17 cabang akan mengadakan pemilihan peringkat cabang atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) atau kedua-dua pada Sabtu 17 Mei ini.
Daripada kesemua 17 cabang yang terlibat, hanya 13 daripadanya akan diadakan pada 17 Mei ini iaitu empat di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun) dan masing-masing dua di Pahang (Paya Besar, Jerantut); Johor (Pengerang, Tenggara); Sarawak (Batang Sadong, Kapit) dan Sabah iaitu Tenom serta Keningau.
Manakala empat lagi cabang iaitu Tawau dan Papar di Sabah, Bukit Katil (Melaka) dan Sungai Petani (Kedah) akan mengadakan pemilihan semula pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.