BERIKUT adalah perkembangan semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang sedang berlangsung di Dewan Sri Pinang, George Town, Pulau Pinang.
10.25 pagi : Empat calon disahkan bertanding merebut kerusi Parlimen Bukit Gelugor
10.00 pagi : Proses penerimaan borang pencalonan bagi kerusi P51 ditutup dengan rasminya.
9.41 pagi : Seorang lagi calon Bebas yang bertanding, Abu Backer Sidek menyerahkan borang kepada SPR.
9.13 pagi : Ramkarpal mewakili DAP menyerahkan borang pencalonannya.
9.02 pagi : Mohamed Nabi Bux bertanding atas tiket Bebas.
9.00 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Kapten (B) Anuar Yahya mengumumkan proses penamaan calon dibuka.
8. 50 pagi : Seorang lagi calon iaitu ahli Pas Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar, 63, tiba di perkarangan Dewan Sri Pinang.
8.15 pagi : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, tiba di pekarangan Dewan Sri Pinang di sini, bagi memantau perjalanan proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor.