suria

SPAD Cadang Pembabitan Kerajaan Dengan Kerajaan & Perjanjian HSR KL-Singapura Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merancang menyiapkan Fasa 2A projek Sistem Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura tahun ini, termasuk pembabitan kerajaan-kerajaan dan perjanjian dengan Singapura.

Ia juga memperincikan kajian teknikal, analisis sosioekonomi ke atas lima stesen HSR, analisis alam sekitar di sepanjang jajaran trek selain menubuhkan pasukan khas HSR.

Butiran projek itu, projek kereta api laju pertama Asia Tenggara, terkandung dalam Laporan Tahunan Program Transfomasi Ekonomi 2013 yang dikeluarkan hari ini.

Majlis Ekonomi memberikan kebenaran kepada SPAD untuk meneruskan Fasa 2A, demikian mengikut Laporan Tahunan 2013 Program Transformasi Ekonomi.

Laporan itu yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), menyatakan bahawa fasa itu merangkumi perbincangan antara kedua-dua Kerajaan serta perjanjian dengan Singapura selain kaji selidik teknikal.

Ia turut merangkumi analisis sosioekonomi ke atas kelima-lima stesen HSR, Analisis alam sekitar di sepanjang jajaran landasan dan penubuhan pasukan khas HSR.

Pada Jun 2013, SPAD membentangkan hasil Kajian Kebolehlaksanaan Fasa 1B kepada Majlis Ekonomi, yang merangkumi analisis manfaat ekonomi dan rancangan pelaksanaan strategik. 

Kajian ini turut mengenal pasti komponen teknikal dan kejuruteraan untuk projek tersebut. 

Majlis Ekonomi memberikan maklum balas positif terhadap kajian tersebut.

Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Malaysia-Singapura disifatkan sebagai penjana perubahan menyeluruh yang akan memangkinkan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara yang dipisahkan Tambak Johor.

Kemungkinan nilai yang terhasil daripada HSR sangat besar, daripada penjimatan masa untuk penumpang yang berulang-alik setiap hari - anggaran sebanyak 400,000 orang apabila sistem ini beroperasi - hinggalah menarik syarikat multinasional yang mahu memanfaatkan keterhubungan yang lebih baik antara kedua-dua negara ini. 

SPAD terus merintis jalan dalam pembinaan HSR, yang bakal menjadi landasan kereta api berkelajuan tinggi pertama di Asia Tenggara. 

Mengenai projek Sistem Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT), laporan itu menyatakan bahawa pembinaan MRT hampir mencapai kemuncaknya pada 2014.

Sasaran (KPI) MRT Corp, yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membangunkan projek MRT, untuk tahun tersebut mencakupi 90 peratus penyempurnaan tembok sambut bertingkat,80 peratus penyempurnaan laluan pandu bertingkat, 80 peratus penyempurnaan pembinaan terowong dan 80 peratus penyempurnaan penggalian stesen bawah tanah,.

Agensi itu turut memperkenalkan KPI baharu berasaskan keselamatan di tapak pembinaan MRT bagi meningkatkan kesedaran.

Projek MRT mencapai kemajuan ketara pada 2013, dengan kerja pembinaan diteruskan pada asas laluan pandu bertingkat dan penggalian stesen bawah tanah sistem tersebut setelah 10 Mesin Gerek Terowong dihantar ke beberapa tapak pembinaan.

Pada Jun 2013, SPAD membentangkan rancangan pelaksanaan akhir untuk Laluan 2 dan Laluan 3 MRT kepada Majlis Ekonomi. 

Rancangan tersebut sedang menunggu kelulusan Kerajaan.

Sebagai projek infrastruktur terbesar Malaysia, pembinaan projek MRT tidak terlepas daripada beberapa cabaran .

Meskipun begitu, MRT Corp telah melaksanakan kaedah inovatif untuk mengatasi cabaran tersebut, seperti menggunakan peralatan berteknologi tinggi, mempelbagaikan sumber dan melatih tenaga kerja yang terlibat dalam projek ini. 

HSR Singapura-KL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain