"Pelantikan mengikut proses yang dipersetujui perdana menteri serta mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Rabu.
Turut menyertai beliau dalam pertemuan kira-kira sejam itu berkaitan perkembangan di Terengganu ialah 13 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu dan Speaker DUN Terengganu Mohd Zubir Embong.
Ahmad Razif, 49, Adun Seberang Takir, mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu pada Isnin.
Roslee bagaimanapun dilaporkan kembali kepada Umno dalam tempoh kurang 24 jam dari laporan itu dan beliau adalah antara Adun yang menyertai pertemuan bersama perdana menteri hari ini.
Ahmad Razif berkata tiada rombakan exco atau speaker akan dilakukan.
Ditanya tentang pertemuan dengan perdana menteri, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
Turut hadir dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.