Insiden di Kuwait Finance House itu berlaku pada pukul 5.30 petang apabila separuh daripada kakitangan syarikat yang terletak di Jalan Gaya masih berada di pejabat untuk menyiapkan kerja masing-masing.
Syarikat kewangan itu terletak tidak jauh dari lokasi di mana cermin di beberapa buah bank dan premis perniagaan yang lain rosak dalam kejadian tembak yang melibatkan beberapa individu yang tidak dikenali pada 10 Januari.
Ketua Polis Kota Kinabalu Jauteh Dikun berkata pintu kaca di Kuwait Finance House pecah berikutan berlaku keretakan sebelum itu.
Beliau berkata pegawai-pegawai syarikat memberitahu polis bahawa alat penggera berhampiran pintu telah berbunyi sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sehari sejak enam hari lalu.
Penggera telah ditutup kerana gegaran pada pintu kaca yang mungkin telah menyebabkan ia retak dan kemudiannya pecah tambah Jauteh.
Kejadian itu berlaku hampir dua minggu selepas tingkap kenderaan pacuan empat roda tiba-tiba pecah dalam apa yang dipercayai disebabkan oleh kejadian tembak pada 4 Mei.