Ketua Menteri Tan sri Adenan Satem pada Khamis berkata bantuan itu diberikan atas dasar kemanusiaan berikutan permintaan daripada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.
"Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan Negeri untuk mengeluarkan cek bernilai RM1 juta (bagi menanggung kos perubatan Wong)," katanya semasa menggulung ucapannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.
Wong, yang juga Anggota Dewan Undangan (ADUN) Bukit Assek, menderita akibat barah otak sejak tahun lepas dan memerlukan rawatan di Singapura.
Beliau pulang ke Sibu baru-baru ini dan dikatakan masih dalam koma.