Unit Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman menahan lelaki terbabit kira-kira pukul 11.15 pagi Rabu berikutan serbuan di sebuah kawasan perumahan di Kepong.
Beliau berkata unit itu telah memantau lelaki itu sejak Disember tahun lalu selepas "kami mendapati dia terbabit dalam serangan keganasan yang dirancang."
Mohd Bakri, dalam satu kenyataan berkata maklumat yang diperolehi daripada pengawasan terhadap lelaki itu telah disalurkan kepada pihak berkuasa India pada 9 April.
Pada 29 April, tiga lelaki telah ditahan di India, kesemuanya dipercayai menjadi pemain utama dalam kumpulan rangkaian pengganas.
"Kami akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi asing yang lain untuk mencegah serangan di rantau ini dan juga di peringkat global.
"Suspek telah ditahan di bawah Akta Imigresen untuk tindakan lanjut," kata Mohd Bakri.