Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata kerajaan negeri sedang cuba mendapatkan bantuan daripada kerajaan Thailand untuk menggunakan teknologi pembenihan awan mereka bagi membolehkan hujan turun di kawasan empangan Sungai Selangor.
Dr Ahmad Yunus berkata paras air di Sungai Selangor pada pagi Jumaat, berada pada tahap 41.75 peratus
Beliau yakin rakyat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor akan mendapat bekalan air yang mencukupi untuk tempoh lima hingga enam bulan akan datang.
"Kami telah menggunapakai beberapa pendekatan beberapa bulan kebelakangan ini untuk mengatasi masalah bekalan air dan saya yakin bekalan air akan cukup ketika bulan Ramadan dan selepas itu," katanya ketika ditanya mengenai perancangan kerajaan negeri untuk berhadapan dengan insiden El Nino.