Justeru itu, beliau meminta semua Exco terus bekerja sebagai satu pasukan.
Beliau berkata selepas mendengar penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertemuan baru-baru ini, semua Exco negeri dan wakil rakyat boleh meneruskan tanggungjawab mereka seperti biasa.
"Keadaan selesai selepas jumpa Perdana Menteri...tidak akan ada pertukaran Exco dan portfolio pada masa ini.
Kira-kira 500 pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri menyambut ketibaan beliau.
Ahmad Razif berkata beliau mahu memberi tumpuan kepada perancangan yang dibuat bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan memberi jaminan semua projek yang memberi impak baik kepada rakyat akan diteruskan.
Beliau dilantik sebagai Menteri Besar baharu Terengganu pada Isnin lepas bagi menggantikan Ahmad yang meletakkan jawatan.