Azlan, yang dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, dianugerahi 'Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis' (SPMP) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.
Tiga lagi penerima SPMP ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pemaju Country Heights dan The Mines, Tan Sri Lee Kim Tiong.