Mangsa dikenali Chiu Chee Wei ditemui anggota keluarganya dalam keadaan tergantung dengan wayar elektrik yang berada pada dinding bilik itu kira-kira 1.30 petang.
Seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata Chiu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, kini tidak bekerja selepas peniagaan dijalankan sebelum ini tidak berjaya.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.