Menurut seorang pengguna Facebook, Mandy Chow, kucing tersebut bertindak garang dan mempertahankan diri apabila dia cuba untuk menyelamatkannya.
"Saya bukan seseorang yang tahu mengenai kucing. Adakah seseorang yang mempunyai pengalaman dengan kucing (di luar sana) yang boleh menyelamatkannya?" dia membuat paparan di halaman Facebooknya pada Ahad.
Seorang lagi pengguna internet Tati Tot Tot mengulas: "Ikatan ini mengganggu peredaran darah ke kaki, dan kakinya bengkak."
Post ini dikongsi di laman Facebook 'Malaysian Dogs Deserve Better'.
Sehingga kini masih tidak diketahui sama ada kucing itu telah diselamatkan.