Calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohd Zan terbaring di hadapan kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas dia cuba menghalang dan merempuh kereta berkenaan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di George Town pada Selasa.
GEORGE TOWN: Calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan disahkan mengalami keretakan di pinggang kanannya.
Jurucakap pegawai perubatan di Hospital Pulau Pinang berkata, Abu Backer masih belum sedarkan diri.
"Dia masih di bawah pengaruh ubat bius dan belum sedar lagi.
"Pembantu peribadinya (Hafiz) meminta supaya Abu Backer dihantar ke Pusat Rawatan Gleneagles apabila beliau sedar nanti ," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita, petang Selasa.
Abu Backer mengalami kecederaan tersebut apabila beliau merempuh kenderaan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang enggan bertemu dengannya di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) .
Beliau yang menunggu sejak pukul 12.30 tengah hari itu bertindak menahan kenderaan yang membawa Guan Eng kira-kira pukul 2 petang.
Selepas 10 minit Abu Backer dihalang sekumpulan pengawal keselamatan DUN, beliau kemudiannya bertindak 'merempuh' kereta jenis Mercedes dinaiki Guan Eng dan terjatuh di atas jalan raya.
Insiden penuh dramatik itu menyebabkan kesesakan di Lebuh Light.
Dengan menekan butang mendaftar, anda kini bersetuju dengan
peraturan dan terma
Anda juga bersetuju dengan kesemua syarat dan terma di dalam Pernyataan Privasi termasuk Terma Penggunaan di laman ini. Sila ambil masa untuk baca dokumen Pernyataan Privasi sekiranya anda belum melakukannya.

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan.