suria

Suspek Curi Lori Maut Ditembak Polis

R.Subramaniam dituduh dimahkamah minggu lalu atas kesalahan mencuri.

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki yang baru dituduh di Mahkamah Petaling Jaya kerana mencuri sebuah lori minggu lalu ditembak mati selepas dia merempuh kenderaan polis ketika ditahan di Ijok pagi Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, dalam kejadian pada pukul 8.20 pagi itu, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai sebuah lori yang telah disamun.

"Anggota rondaan telah terjumpa dengan lori tersebut dan mengekori dari belakang. Menyedari akan kehadiran polis, suspek bertindak nekad dengan mengundur kenderaan berat tersebut.

"Suspek cuba merempuh kenderaan polis selain menghalang anggota bertugas untuk menahannya, berikutan itu, bagi mempertahankan diri, seorang anggota terpaksa melepaskan tembakan yang terkena padanya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, suspek yang mengalami kecederaan parah kemudian disahkan mati di tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, suspek merupakan R.Subramaniam, 35, iaitu seorang lelaki yang ditahan pada minggu lalu kerana mencuri sebuah lori di Jinjang.

"Dalam kes yang berlaku awal pagi ini, suspek dikesan sekali lagi mencuri lori di Jinjang," ujarnya.

Tembak, Ijok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain