EKSKLUSIF GEORGE TOWN: Operasi 'merompak' besi buruk daripada sekurang-kurangnya lima bangkai kapal, termasuk dua kapal Perang Dunia II Jepun, di perairan Pulau Pinang sejak awal tahun ini berjaya dilakukan secara haram dan aktiviti mereka tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Mereka yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab ini dipercayai telah 'menyapu bersih' sekurang-kurangnya dua bangkai dari kapal-meriam Jepun, Chosa Maru, dipanggil Kapal Jepun oleh penduduk tempatan yang tenggelam pada Ogos 1943, dan 'cruise' ringan Jepun, Kuma yang karam pada Januari 1944 serta mendapat pulangan bernilai jutaan ringgit. Tiga kapal karam lain yang turut 'diambil' adalah kapal perang Jepun Haguro, Kapal Taiwan dan Kapal Simen yang semuanya terletak di luar Pulau Kendi. Lembaga Tourism Malaysia Pulau Pinang pada Disember tahun lepas telah melancarkan promosi memancing di kapal karam berhampiran perairan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada aktiviti Tahun Melawat Malaysia. Penganjur acara, Wan Hayazy Nayan berkata promosi memancing itu hanya akan menjadi satu pembaziran wang rakyat kerana tiada lagi kapal karam di perairan Pulau Pinang. Beliau berkata adalah satu tindakan sia-sia apabila Lembaga Pelancongan Malaysia menggalakkan aktiviti memancing di kapal karam di Pulau Pinang yang menjadi syurga bagi pemancing dan dalam masa yang sama membenarkan tapak itu dirompak. Wan Hayazy berkata beliau telah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Laut apabila beliau dan kawan-kawannya secara tidak sengaja terserempak dengan aktiviti itu tetapi terkejut dengan 'mentaliti' pihak berkuasa. Pengarah Jabatan Laut Wilayah Utara Abdul Aziz Mahmud memberitahu The Star bahawa agensi itu tidak mengetahui sebarang operasi haram seperti itu di Pulau Pinang. "Jabatan ini tidak mengeluarkan apa-apa kebenaran kepada mana-mana syarikat untuk menjalankan operasi pemuliharaan atau penyelamatan kapal karam di perairan Pulau Pinang. Pihak-pihak yang berkaitan hendaklah melaporkan semua aktiviti seperti itu kepada kami," katanya. Beliau menganggap operasi itu sebagai menyalahi undang-undang dan berkata jabatan itu telah melancarkan siasatan. Menurut sumber, operator menjalankan operasi menggunakan tongkang dan kren untuk menarik keluar bangkai. "Oleh kerana kapal-kapal ini berada di dalam air untuk sekian lama, kren akan berlegar sekitar bangkai kapal dan merentap ketulan logam dari kapal yang berkarat. Tugas menarik kepingan logam dari kapal berkarat agak mudah kerana bangkai adalah rapuh dan telah reput." Gambar yang diambil pada 9 Mei menunjukkan besi buruk dan logam ditarik keluar dari bangkai kapal Kuma yang karam pada Januari 1944. Sumber itu berkata perbuatan haram itu berlanjutan selama dua hingga tiga hari, selama 24 jam, setiap kali tapak ini dimasuki. Tambahnya, pemancing terlihat operasi haram ini sebanyak tiga kali di Kuma dan sekurang-kurangnya dua kali di Chosa Maru. Kali terakhir pemancing ternampak aktiviti haram ini di Kuma adalah pada 9 Mei. Sumber itu berkata, mereka menganggarkan operasi 'pembersihan' itu berjaya membawa pulang di antara 80 dan 100 tan besi buruk dari bangkai kapal dalam sekali kunjungan. Ia kemudiannya akan dijual. "Logam lama dari bangkai kapal dijual dengan harga RM600 setiap tan. Harga boleh menjadi lebih tinggi, bergantung kepada keadaan logam," kata sumber. Sumber itu berkata bangkai kapal lama tetap mempunyai nilai kerana logam itu tidak sepenuhnya berkarat. Kumo adalah sebuah kapal 5,182 tan, Chosa Maru 2,538 tan, dan Haguro 13,500 tan. Kapal-kapal juga membawa meriam, sauh dan senjata lain di atas kapal.