suria

Tradisi BN Berkempen Mampu Raih Sokongan Pengundi - Mah

Program walkababout antara pendekatan calon BN untuk PRK Teluk Intan
TELUK INTAN: Tradisi Barisan Nasional (BN) berkempen dengan melawat dari rumah ke rumah dan program 'walkabout' untuk mendekati pengundi dilihat memberi impak positif apabila rakyat memberi sambutan memberangsangkan.

Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong, berkata pendekatan itu mememudahkan kita memberi penjelasan kepada pengundi-mengenai sebarang isu berbangkit.

"Bila kita berjumpa dengan mereka (rakyat), kita akan mendengar apakah masalah dan keperluan mereka.

"Kemudian kita akan menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas bertemu dengan kumpulan senaman tai chi di padang dekat Jalan Speedy di sini, Khamis.

Sehubungan itu, Siew Keong menolak dakwaan beliau kurang aktif berkempen pada PRK itu, sebaliknya memaklumkan telah memulakan kempen sejak hari penamaan calon.

"Bagaimanapun, kita perlu berusaha lebih keras lagi untuk memastikan lebih ramai keluar mengundi dan memilih BN," katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa kempen pada PRK Teluk Intan ini diharapkan dapat dilakukan secara berhemah dan tidak keterlaluan tanpa melakukan serangan peribadi terhadap pihak lawan.

Artikel Lain