suria

Panda Seronok Di Tempat Baru - Palanivel

Panda betina 'Feng Yi' ditunjukkan kepada media selepas tiba di Zoo Negara. Pasangan panda gergasi yang diberi nama Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi ini dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi. -Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Panda Fu Wa dan Feng Yi berada dalam keadaan baik di rumah baru mereka di Zoo Negara, kata Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Seri G. Palanivel. 

Palanivel berkata pasangan panda itu 'makan dengan banyak dan tidur dengan selesa', katanya kepada pemberita selepas Pameran Herba 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

"Mereka masih dikuarantin dan kemungkinan besar akan pertontonkan kepada umum hujung Jun atau awal bulan Julai," katanya. 

Beliau menambah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan tarikh bagi pameran panda itu. 

Setiap pengunjung akan dikenakan bayaran RM20 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. 

Pasangan panda itu tiba di Kompleks MasKargo pada pukul 8 pagi, Rabu sebelum di bawa ke Zoo Negara selepas berlepas dari Chengdu, China.

Panda, Fu Wa, Feng Yi

Artikel Lain