suria

Pelajar Mati Lemas Ketika Mandi Di Sungai Pahang

KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan dua ditemui mati lemas selepas kira-kira 10 minit tenggelam dalam arus deras ketika mandi dengan beberapa rakannya di Sungai Pahang dekat Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut, Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut ASP Tey Kong Seng berkata mayat Mohamad Firdaus Mohd Zahir, 14, beralamat di Felda Kota Gelanggi 1 ditemui pasukan penyelamat pada kira-kira 3.25 petang.

"Polis menerima maklumat kehilangan mangsa pada pukul 3.15 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian, bagaimanapun mayat mangsa dijumpai sepuluh minit kemudian di kawasan dia dilaporkan hilang," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Katanya mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat yang memgesahkan kematiannya akibat lemas.

"Keluarga mangsa sudah menuntut jenazah mangsa bagi urusan pengebumian," katanya.
mati lemas, pelajar, Sungai Pahang

Artikel Sebelum

Artikel Lain