suria

PPS Di Pusat Mengundi Tidak Salah

GEORGE TOWN: Tindakan kerajaan Pulau Pinang menempatkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang lengkap berpakaian seragam di luar perkarangan pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor tidak menyalahi peraturan pilihan raya.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ini kerana pakaian seragam yang digunakan anggota PPS itu tidak merujuk kepada  ana-mana parti politik.

"Jadi ia dibenarkan dan tidak melanggar undang-undang. Anda boleh pakai baju apa sekalipun, Manchester United ke  Arsenal ke, janji bukan yang ada simbol parti bertanding," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan yang mendakwa tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP menempatkan PPS di pusat mengundi adalah bercanggah dengan peraturan pilihan raya.

Terdahulu, Cheng Guan dilaporkan bertikam lidah dengan pemimpin DAP, Phee Boon Poh yang dilihat bersama skuad PPS di luar kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Air Itam dan Paya Terubong untuk memantau proses mengundi pagi Ahad.

Naib Presiden PCM itu mendakwa Boon Poh dan skuad PPS yang bersamanya telah melanggar peraturan pilihan raya kerana memakai pakaian seragam selain meminta pengundi supaya mengundi calon DAP, Ramkarpal Singh Deo.

“Saya menegur dia kerana perbuatannya melanggar undang-undang pilihanraya. Sebagai Exco negeri dia tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian tetapi dia berkata kepada saya 'so what'," kata Huan.

PPS, Pulau Pinang, PCM

Artikel Lain