Data berkenaan digunakan untuk mengesan pola penerbangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
"Inmarsat dan DCA bekerjasama untuk mendedahkan data log komunikasi dan keterangan teknikal analisis," kata jabatan itu menerusi kenyataan pada Selasa.
Menurut kenyataan itu lagi, maklumat sebanyak 47 muka surat itu mengandungi data log komunikasi serta penjelasan dan jadual yang berkaitan itu dibebaskan mengikut arahan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Pesawat Boeing 777-200ER itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.
Pendedahan data belum diproses itu adalah bagi memenuhi permintaan anggota keluarga penumpang pesawat MH370.
Data itu juga boleh digunakan oleh pakar-pakar global untuk membuat analisis.