LAHAD DATU: Komandor tentera yang maut ditembak rakannya awal pagi Rabu di sini, sudah dikenal pasti dan pihak polis meminta penduduk kawasan berkenaan supaya bertenang. Anggota tentera terbabit yang berusia 28 tahun itu berasal dari Pasir Putih, Lans Koperal Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, cedera di kiri dadanya dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu. Dalam kejadian pukul 4.45 pagi Rabu Rabu, seorang anggota tentera maut, manakala dua orang awam cedera ditembak dalam satu insiden tembakan di sebuah kedai di pekan ini. Kedua-dua orang awam yang cedera adalah lelaki warganegara Indonesia masing-masing berumur 31 dan 38 tahun, yang bekerja sebagai penjaga kelab malam. Seorang daripada mereka cedera di betis kiri manakala seorang lagi cedera dibahagian belakang sebelah kiri badan, kata Hamza. Butiran lengkap berkaitan kedua-dua mangsa orang awam itu belum diperoleh dan mereka masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu. Hamza berkata semasa kejadian, anggota tentera yang melepaskan tembakan itu sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan berkenaan dan siasatan di tempat kejadian menjumpai beberapa kelongsong peluru dan kesan tompokan darah. Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan polis sedang berusaha mengesahkan anggota tentera yang terlibat. "Tangkapan akan dibuat dan senjata yang digunakan akan dirampas," kata Hamza. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang kerana keadaan keselamatan adalah terkawal manakala kes itu pula diklasifikasikan sebagai kes jenayah dan tidak melibatkan penjenayah dari luar.