suria

PKR Gantung Keahlian Chegubard

Chegubard
PETALING JAYA: Akibat lantang mengkritik sistem pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard' digantung keahlian serta-merta.

Hukuman itu juga dibuat berdasarkan tindakan Chegubard 'menyerang' calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali secara terbuka menggunakan media arus perdana.

"Beliau membuat kenyataan media yang mendakwa proses pemilihan adalah kotor dan tidak telus.

"Beliau turut membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan petugas JPP menjadi agen kepada Azmin pada 12hb Mei lalu," kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong menerusi kenyataan pada Rabu.

Badrul Hisham merupakan ahli PKR Cabang Rembau, Negeri Sembilan.

Keputusan untuk menggantung keahlian Badrul Hisham dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik pada Selasa yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Artikel Berikut

Sultan Perak Mangkat

Artikel Lain