suria

MB Selangor: Kedudukan Abdul Khalid Masih Goyah

Abdul Khalid
KAJANG: Nasib Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dilihat masih goyah, terutama jika beliau tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadikan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti yang masih berlangsung.

Malah, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri tidak dapat memberi jaminan sama ada kedudukan Abdul Khalid di kerusi Menteri Besar akan kekal jika tewas pada pemilihan kali ini.

"Soal itu masih belum berbangkit. Kita akan bincangkan hal itu apabila tiba masanya," katanya ringkas ketika ditemui di Pusat Khidmat Adun Kajang di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai spekulasi kononnya 'Langkah Kajang' yang dicipta parti itu sebelum ini akan dilakukan setelah selesai proses pemilihan PKR Jun ini.

Sebelum ini, misi utama 'Langkah Kajang' adalah untuk menukar Menteri Besar Selangor yang disandang Abdul Khalid sejak 2008.

Sehingga kini, Abdul Khalid masih ketinggalan jauh dibelakang Mohamed Azmin Ali yang bertanding mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR.

Keputusan rasmi sehingga 11 Mei lalu menunjukkan Azmin selesa ditangga teratas dengan 12,250 undi, sementara Abdul Khalid dengan 8,123 undi.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan