SHAH ALAM: Bendera negeri Selangor akan dikibarkan separuh tiang bermula hari ini sebagai tanda berkabung atas kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah Rabu. Dalam satu kenyataan ringkas di sini, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata pengibaran bendera separuh tiang itu akan berlangsung sehingga hari pemakaman esok. Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan kemangkatan Sultan Azlah Shah, 86, secara langsung menerusi TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pukul 3.40 petang tadi. Baginda mangkat pada pukul 1.30 tengah hari dan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.