Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Setiausaha Politik Hadi Awang telah mengesahkan perkara itu setelah beliau dihubungi.
"Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden di Istanbul, Turki.
"Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.
Ahli Parlimen Marang itu berada di Turki atas urusan lawatan rasmi bersama beberapa pemimpin politik negara itu.