Baginda tiba pada pukul 1 tengahari dengan diiringi Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Puhat Mat Nayan.
Sultan Nazrin yang memakai baju Melayu berwarna kuning turut bersama-sama mendengar khutbah yang disampaikan oleh Imam masjid berkenaan Ustaz Mohd Helmi Ibrahim.
Kira-kira 500 jemaah bersama-sama menunaikan solat Jumaat bersama baginda yang diimamkan oleh Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti.
Baginda dan Raja Ahmad Nazim kemudian menyiram air mawar di kedua-dua makam.
Sultan Nazrin, diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35 dalam istiadat pengisyitharan pelantikan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini, Khamis.
Sultan Nazrin, 58, putera sulung Sultan Azlan Shah, menggantikan ayahanda baginda yang mangkat Rabu lepas.