Menurut SPRM, penelitian awal menunjukkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu tidak boleh dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa.
"Ianya lebih kepada isu tadbir urus bank.
"Walau bagaimanapun SPRM akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya termasuk memanggil pihak-pihak yang berkaitan jika menerima maklumat baharu," demikian menurut SPRM menerusi kenyataan pada Sabtu.
Bank Rakyat berada di bawah bidang kuasa KPDNKK yang diterajui Hasan.
Isu dakwaan campur tangan dan salah guna kuasa oleh Hasan timbul selepas Tan Sri Sabbaruddin Chik mendakwa khidmatnya sebagai Pengerusi Bank Rakyat tidak disambung gara-gara permohonan untuk membuat pembayaran mudah oleh Deepak.
Selain itu SPRM bagaimanapun menegaskan bahawa bukan semua aduan atau dakwaan yang dilaporkan media, atau dibangkitkan mana-mana pihak, adalah kes rasuah.
"Sehubungan itu SPRM berharap kes seperti ini turut disiasat agensi lain yang berkaitan di bawah undang-undang relevan agar tindakan boleh diambil terhadap pihak tertentu kerana kegagalan mematuhi mekanisme sedia ada," katanya.