Beliau berkata daripada jumlah itu, polis telah membuka kertas siasatan bagi tujuh laporan yang membabitkan atlet dan pegawai kontinjen.
Satu daripadanya disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membabitkan pergaduhan dua pemain tenis dari Sabah di gelanggang tenis Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini pada Khamis lepas.
Polis turut menyiasat empat kes mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan membabitkan kehilangan tiga peti TV di dewan rehat asrama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, yang menjadi tempat penginapan para atlet, pada 22 Mei lepas.
Dua lagi kes turut disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri di kawasan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini pada malam perasmian Sukma.
Sementara itu, Md Zukir menasihatkan orang ramai supaya datang awal untuk menyaksikan majlis penutupan Sukma pada malam 4 Jun ini untuk mengelak kesesakan lalu lintas terutamanya di tempat meletak kenderaan.
Kira-kira 20,000 orang dijangka menghadiri majlis penutupan itu.