BUTTERWORTH: Seorang lelaki penghantar piza cedera di kepala dan kaki apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Raja Uda di sini, Selasa. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang Supt Ibrahim Abu Bakar berkata dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi menuju ke Jalan Telaga Air, di sini merempuh sebuah Perodua Kancil yang berhenti secara mengejut di bahu jalan. Mangsa Azmi Abd Ghani, 25, yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melambung sebelum motosikal bersama tong piza yang dibawanya tersangkut di atas bumbung Perodua Myvi, katanya ketika dihubungi. Azmi dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilapor stabil.