PETALING JAYA: Sebuah pesawat China Airlines yang sepatutnya membuat penerbangan ke Taipei, Taiwan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada malam Selasa terpaksa dibatalkan berikutan masalah radar. Difahamkan, pesawat C1 732 yang membawa 150 penumpang itu sepatutnya berlepas pada pukul 10.30 malam. Penerbangan itu dibatalkan selepas juruterbang pesawat Boeing 737-800 itu mengesan masalah berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.