Ahmad Tajuddin Nordin, 50, berkata lazimnya mempelam jenis itu yang dikenali 'mempelam kelo' oleh penduduk setempat hanya seberat sekilogram sebiji.
"Benihnya dibeli di Pasar Tani Kuala Besut kira-kira empat tahun lalu dan kami ingat pokok ini mandul sehinggalah ia berbunga pada April lepas dan menghasilkan 15 biji buah," katanya kepada Bernama, di sini.
Katanya beliau hanya menyiram pokok berkenaan dengan air sisa makanan dan langsung tidak menduga mempelam tersebut yang ditanam di halaman rumah akan mengeluarkan buah sebesar itu.
Menurutnya rasa buah itu kurang manis berbanding dengan yang dijual di pasaran.
"Semalam saya mengadakan kenduri kahwin anak, ramai yang terpegun tengok buah itu.
"Ramai yang minta biji mempelam itu untuk dijadikan benih selain ada yang mencadangkan saya buat kaedah 'kawin batang pokok' (tut), tapi saya tidak tahu cara melakukannya," kata Ahmad Tajuddin.