"Ini merupakan pendekatan baharu dan holistik yang diperlukan khususnya ESScom pada masa akan datang," tegas beliau.
Hishammuddin sebelum itu mendengar Taklimat Pelaksanaan Operasi dan Pengawasan Kawasan Timur Sabah oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom)
dan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2 ) di sini.
Beliau berkata, semua pihak juga perlu bekerjasama untuk memastikan rakyat di negeri ini terus hidup dalam suasana aman dan harmoni.
Hishammuddin meminta rakyat tidak mengambil mudah tentang isu keselamatan di negeri ini khususnya di kawasan pantai timur Sabah.
Beliau berkata dua insiden penculikan di pantai timur Sabah baru-baru ini menunjukkan ada lagi perkara-perkara yang perlu ditangani bagi mengelak peristiwa seperti itu tidak berulang.
"Mungkin peristiwa pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu tahun lalu tidak lagi menjadi ancaman...tetapi insiden-insiden penculikan yang berlaku baru-baru ini menunjukkan kita perlu bekerja keras dan tidak ambil mudah mengenai perkara itu," katanya.