Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata kerajaan peka dengan pandangan masyarakat berhubung perkara itu, khususnya permohonan wanita berkenaan, Zarena Abd Majid, 32, yang dilapor ingin menukar agamanya.
Kontroversi itu tercetus susulan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Selangor (Jais) yang melakukan pemeriksaan ke atas Zarena ketika majlis perkahwinannya berlangsung di sebuah kuil di Shah Alam, Ahad lepas.
"Kerajaan akan terus meneliti perkara ini," kata Kurup kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kerajaan kepada sebuah gereja di sini Ahad.
Dia turut mendakwa pernah cuba menukar status agama di kad pengenalannya sejak tujuh tahun lepas namun gagal.
Pada majlis itu, Kurup menyampaikan sumbangan RM500,000 bagi pembinaan pusat komuniti Gereja Methodist Tamil Brickfields.
Beliau berkata pusat komuniti empat tingkat itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan seperti ruang aktiviti, tadika, bilik mesyuarat, pusat pembelajaran, pejabat pentadbiran dan auditorium.
Turut hadir Presiden Local Church Executive Committee (LCEC) Walter Santhosam dan Ketua Gereja Methodist Tamil John Navamany.