Menurutnya transformasi perlu dilakukan terhadap pembinaan masjid kerana menerusi pengalaman sebelum ini, masjid yang telah dibina kebanyakannya terlalu besar dan tidak ekonomik memandangkan semasa solat fardu hanya satu atau dua saf sahaja dipenuhi jemaah.
"Bagaimanapun jika hari-hari perayaan yang mempunyai ramai jemaah, masjid itu mestilah boleh dibuka atau diletakkan khemah supaya dapat menampung semua jemaah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan solat hajat dan majlis kesyukuran sempena dilantik sebagai menteri besar ke-14 di sini malam Sabtu.
Mengenai masjid Pekan Ajil yang dikatakan sudah tidak mampu menampung jemaah yang ramai, Ahmad Razif berkata walaupun kecil, tetapi masjid itu sangat sesuai bagi penduduk sekitarnya.
Bagaimanapun beliau bersetuju agar masjid itu diubah suai sedikit supaya dapat menampung lebih ramai jemaah.