Perdana Menteri berkata, salah satu langkah-langkah itu adalah memansuhkan keperluan mandatori terhadap penarafan kredit berkuatkuasa 1 Januari 2017.
Menurutnya, pendekatan beransur-ansur sedang diambil untuk memberikan pemain industri masa yang cukup dalam menyempurnakan mekanisme di bawah langkah baharu tersebut.
"Bermula 1 Januari depan, kelonggaran akan diberikan berkaitan dengan penarafan kredit selain keupayaan perdagangan bon serta sukuk yang tidak dikelaskan," katanya dalam ucaptama sempena Invest Malaysia 2014 di sini, Isnin.
Agensi penarafan kredit antarabangsa dengan pemilikan asing penuh akan dibenarkan di pasaran Malaysia pada 1 Januari 2017.