suria

Kerajaan Tidak Mengindoktrinasikan Guru Sokong BN - Muhyiddin

Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan terdapat usaha di bawah Kementerian Pendidikan untuk mengindoktrinasikan guru supaya menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Muhyiddin dalam jawapan bertulisnya kepada soalan tambahan Zainuddin Ismail (BN-Jelebu) semasa sesi soal jawab berkata,profesion guru merupakan kedudukan yang seharunys dihormati di dalam masyarakat dan guru adalah profesional dalam menjalankan tugasnya.

"Saya tidak fikir terdapat keperluan untuk menyakinkan mereka supaya menyokong Barisan, dan seperti penjawat awam yang laib, mereka akan terus menggalas tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak kita dan pelajar-pelajar," katanya yang juga Menteri Pendidikan.

Zainuddin meminta Kementerian Pendidikan untuk memberikan penjelasan adakah benar terdapat inisiatif yang diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk mengindoktrinasikan guru supaya menyokong Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Barisan Nasional.

Artikel Lain