PETALING JAYA: Adik perempuan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad maut dalam kemalangan di Jalan Bahau-Keratong, berhampiran Jempol awal pagi Rabu. Turut terkorban adalah suami mangsa. Laporan awal mendapati Shamsiah Ahmad, 45, dan Ismail Atan, 52, yang terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 1.30 pagi Rabu maut ditempat kejadian akibat cederah parah di kepala dan badan. Kedua-dua mangsa yang menaiki lori satu tan itu dikatakan dalam perjalanan dari Mersing, Johor, ke Bangi, Selangor.